Etika penulisan dan penerbitan ini adalah untuk Jurnal Al-Mizan yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Pernyataan etika ini diadaptasi dan mematuhi garis panduan amalan terbaik Committee on Publication Ethics (COPE Best Practice Guidelines for Journal Editors and Conduct for Journal Publishers) yang merangkumi kod etika penulis manuskrip, ketua editor, editor dan penilai.
Proses Penilaian Manuskrip
Setiap manuskrip akan dinilai terlebih dahulu oleh Ketua Editor dan, jika sesuai untuk penerbitan ini, maka akan dihantar kepada sekurang-kurangnya dua orang penilai untuk dinilai secara double blind peer review. Manuskrip akan dimurnikan semula oleh penulis berdasarkan komentar penilai. Manuskrip yang diserahkan oleh ahli-ahli panel editor jurnal ini juga tertakluk kepada prosedur penilaian yang sama.
2.0 PANDUAN PENULISAN ARTIKEL JURNAL AL-MIZAN
Manuskrip hendaklah tidak kurang daripada 5000 patah perkataan dan tidak lebih daripada 8000 patah perkataan (tidak termasuk rujukan, biodata penulis dan apendiks).
Setiap manuskrip perlu disertakan dengan abstrak (200-250 patah perkataan) dan 5 kata kunci.
Penulis perlu menghantar manuskrip dalam kedua-dua format word.docx dan PDF.
Sila guna kertas bersaiz A4, font Times New Roman, saiz 12, single spacing dalam format justify. Margin: Kanan 1, Kiri 1, Atas 1, dan Bawah 1.
Bagi memenuhi keperluan proses penilaian (the blind review process), nama penulis tidak perlu dinyatakan pada mana-mana muka surat manuskrip ataupun nama fail/dokumen. Sebaliknya maklumat penulis seperti nama, jawatan dan alamat tempat bertugas hendaklah dihantar sebagai lampiran dalam fail/dokumen berasingan (cth: lampiran1.docx).
Penulis bertanggungjawab mempastikan manuskrip telah melalui semakan asas dari segi tatabahasa, gaya bahasa sebelum dihantar. Sidang editor tidak akan dipertanggungjawabkan dalam melakukan tugas tersebut.
Manuskrip yang dihantar ke Jurnal ini hendaklah tidak dalam pertimbangan untuk diterbitkan oleh mana-mana penerbitan lain, sama ada secara cetakan ataupun elektronik.
Penulis perlu bertanggungjawab melakukan pengakuan/ pengesahan kepada ketua Editor apabila dituntut berbuat demikian.
Penulis juga perlu menyertakan tiga nama penilai (reviewer) cadangan sebagai penilai kepada manuskrip yang dihantarkan kepada sidang editor (lengkap nama penuh, jawatan, alamat, no telifon dan emel). Namun Ketua Editor adalah tidak terikat untuk melantik penama yang dicadangkan.
Sidang Editor berhak mengubah suai manuskrip berdasarkan format penulisan yang ditetapkan.
Manuskrip yang tidak menepati syarat KENYATAAN ETIKA di atas tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian atau penerbitan. Sidang Editor mempunyai hak mutlak ke atas keputusan sama ada menerima atau menolak sesuatu manuskrip yang diterima.
Manuskrip yang didapati mengandungi unsur palagiat mungkin akan dikenakan tindakan untuk tidak diterbitkan dalam jurnal ini dalam satu-satu tempoh yang akan diputuskan oleh Sidang Editor.
3.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM PENERBITAN ARTIKEL
Pemohon menghantar Emel kepada Ketua Editor memohon diterima sebagai salah seorang penulis Jurnal
Jika diterima, pemohon mendaftar masuk (Log In) ke dalam sistem dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah diemel oleh Ketua Editor
Seterusnya, Pemohon perlu menDaftar dan memuat naik penulisan ke dalam sistem.
Penilai akan membaca dan memberi komen penulisan pemohon dan pemohon boleh membincang secara terus dengan penilai
Pemohon perlu mengUbahsuai jika perlu atau diminta oleh penilai
Sesi Perbincangan dan Ubahsuai perlu diteruskan sehingga Penilai Berpuas hati.
Langkah penilaian dikira selesai apabila penilai membuat pengesahan akhir