Al-Mizan Jurnal Akademik merupakan jurnal berwasit
yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan sekali dalam
setahun. Keluaran pertama sehingga kesebelas (Jilid 1-11) telah diterbitkan
secara bercetak, iaitu sejak tahun 2007. Mulai tahun 2019 jurnal ini akan
diterbitkan secara atas talian.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
sentiasa menyokong dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan ilmiah
dalam kalangan pensyarah IPG khasnya dan seluruh warga pendidik amnya. Jurnal
ini juga disediakan sebagai platform para penulis bertukar-tukar idea,
kepakaran, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pendidikan masing-masing.
Oleh itu, sidang editor jurnal ini mengalu-alukan
artikel berkualiti hasil daripada penyelidikan empirikal berkaitan isu, konsep,
model dan teori pendidikan yang dikaitkan dengan amalan pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Penulisan artikel diterima dalam bahasa Melayu, Inggeris
dan Arab.
Artikel yang diterima akan melalui proses
penilaian oleh sidang editor, sekurang-kurangnya dua orang penilai luar (reviewer)
dan pemurniaan semula oleh penulis (sekiranya perlu) sebelum diterbitkan.