Navigation


RSS: articles / comments



Tentang i-TimeTable

Khamis, 21 November 2024

 i-TimeTable (Internet Time Table) ialah suatu inovasi. Ianya merupakan suatu sistem penjadualan waktu kelas/ kuliah secara atas talian. Dengan menggunakan sistem ini, seseorang penyelaras jadual waktu tidak perlu lagi membuat instalasi pada sesebuah komputer. Dengan menggunakan komputer dan sambungan ke internet, penyelaras jadual waktu berkenaan boleh membina jadual waktu kelas/ kuliah walau di mana beliau berada. Beliau boleh menggunakan mana-mana komputer, hatta komputer di Kafe Siber. Dengan menggunakan sistem i-TimeTable, penyelaras jadual waktu boleh membina jadual waktu bersama-sama dengan beberapa orang lain, yang mungkin berada di beberapa tempat.

Melalui i-Time Table pelbagai urusan dan masalah berkaitan dengan penjadualan dan penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan berkesan. Malah, i-Time Table juga menjimatkan masa pihak pengurusan institusi, guru dan pelajar. i-Time Table membolehkan guru-guru menguruskan jadual waktu akademik, merancang jadual tugas bukan akademik, melihat dan mencetak jadual peribadi guru, mengemas kini maklumat peribadi guru,  membuat informasi dan pengumuman berkaitan dengan tugas profesionalisme keguruan.