Navigation


RSS: articles / comments



Selamat Datang

Khamis, 21 November 2024

Selamat Datang ke Laman AskIT i-Timetable. Harapan kami semoga anda memperolehi maklumat yang berguna melalui laman ini.

 

Dalam proses membina jadual waktu dengan menggunakan sistem sedia ada, banyak kelemahan yang dihadapi oleh seseorang penyelaras jadual waktu.

Kelemahan-Kelemahan Sistem Jadual Waktu Sedia Ada

Keselamatan Data

Kekangan Masa Dalam Menyedia Jadual Waktu

Proses Cetakan dan Edaran Jadual Waktu Yang Rumit

Proses Melaksanakan Guru Ganti Yang Rumit


Keselamatan Data

Sistem sedia ada adalah sistem Stand-Alone iaitu sistem yang dipasang (install) pada sesebuah komputer. Oleh itu, jika komputer berkenaan bermasalah, maka sistem jadual juga akan bermasalah. Data-data jadual waktu dalam sistem semasa tidak selamat dan mungkin boleh korup.

Kekangan Masa Dalam Menyedia Jadual Waktu

Jadual waktu hanya boleh disediakan oleh seorang penyelaras dengan menggunakan sebuah komputer yang telah dibuat instalasi sistem. Proses menyediakan jadual waktu mengambil masa yang lama dan cukup memeningkan kepala penyelaras Jadual Waktu kerana beliau seorang perlu memasukkan semua data guru, kelas, resos, agihan masa dan semua kriteria-kriteria bagi memuashati segelintir guru serta untuk  mengelakkan pertindanan jadual waktu, mata pelajaran dan guru. Cuti akhir semester tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh beliau kerana  terpaksa menyiapkan jadual waktu yang diamanahkan kepadanya oleh pihak pengurusan sekolah. Selain daripada itu, jika jadual waktu perlukan pindaan, penyelaras berkenaan akan pening kepala bersaorangan.

 

Proses Cetakan dan Edaran Jadual Waktu Yang Rumit

Oleh kerana jadual disediakan dengan menggunakan sebuah komputer, penyelaras Jadual Waktu perlu membuat cetakan untuk jadual kelas, jadual guru dan jadual resos. Proses ini perlu dilakukan berulangkali jika sekiranya terdapat perubahan dalam jadual waktu.

 

Proses Melaksanakan Guru Ganti Yang Rumit

Dengan sistem sedia ada, pihak pengurusan harus meneliti jadual induk yang mana saiz tulisannya (font) tentu agak kecil atau meneliti cetakan jadual guru-guru  yang tidak hadir ke sekolah  untuk membuat jadual guru ganti. Oleh itu, agak sukar bagi pihak pengurusan untuk membuat jadual guru ganti yang adil dan lebih telus kepada semua