Navigation


RSS: articles / comments


Kelebihan i-TimeTable

Khamis, 28 Mac 2024

Kelebihan-Kelebihan i-timetable

 

Penurunan kuasa (empowerment) kepada panitia

Sistem penjadualan i-TimeTable memberi fokus kepada penurunan kuasa kepada pantia. Ini merupakan perubahan baharu dalam pelaksanaan jadual waktu. Penentuan jadual waktu boleh ditentukan oleh panitia masing-masing. Penurunan kuasa kepada panitia masing-masing bermakna setiap panitia mempunyai kuasa menentukan jadual waktu panitia.

Mengurangkan Tekanan

Biasanya, jadual waktu sekolah dilaksanakan oleh seorang penyelaras jadual waktu …. Bayangkan, jika kerja itu dibahagikan kepada sepuluh orang … Tugasan pembinaan jadual waktu akan menjadi lebih mudah dan ramai yang akan berpuas hati. Oleh itu, tekanan kerja seperti perlu mematuhi kekangan masa, perlu memberi kepuasan kepada ramai guru, perlu membuat pembetulan apabila ada pertukaran atau perubahan tugas tanggungjawab  dapat dikurangkan.

Kembali Atas ^Kembali Atas^

Menjimatkan kos

Penggunaan i-TimeTable dapat mengurang kos terutamanya kos percetakan. Melalui penggunaan i-TimeTable, tidak ada kos percetakan yang perlu ditanggungkerana pembinaan jadual waktu askit iTimeTable adalah berasaskan web, oleh itu semua pihak yang terlibat boleh mencetak sendiri melalui web. Pelaksanaan i-TimeTable ini adalah selaras dengan dasar penjimatan negara.

Kembali Atas ^Kembali Atas^

 

Memudahkan penyelarasan jadual sekiranya ada kemasukan guru baharu.

Semasa penggunaan jadual waktu konvensional, setiap kali ada guru baharu melaporkan diri, Penyelaras Jadual Waktu akan berhadapan dengan masalah untuk menyediakan jadual bagi guru berkenaan kerana kemungkinan akan berlaku pertembungan masa atau kelas. Namun, melalui penggunaan i-TimeTable, masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah kerana masalah pertembungan jadual waktu tidak akan berlaku sama sekali. Ini ialah kerana sistem ‘Clash-Smasher Technology’ mengelakkan berlakunya pertindanan guru atau kelas. Setiap Panitia boleh menyediakan jadual waktu panitia masing-masing mengikut keperluan panitia.  

Kembali Atas ^Kembali Atas^

 

Peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian

Sistem penjadualan iTimeTable mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi yang akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan iaitu pihak pengurusan, guru, pelajar dan ibu bapa.  Penggunaan i-TimeTable melambangkan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem penyampaian maklumat dan meningkatkan literasi komputer dalam kalangan warga pendidik. iTimeTable mampu meningkatkan kecekapan organisasi demi memastikan pelanggan berpuas hati dengan pelaksanaan dan pengurusan jadual waktu.

Kembali Atas ^Kembali Atas^

 

Proses Penyediaan Guru Ganti Yang Telus

Dengan penggunaan sistem i-TimeTable, proses penyediaan guru ganti menjadi lebih telus kerana bukan sahaja pihak pengurusan, malah semua guru dapat mengakses analisa jumlah gantian bagi semua guru.