Navigation


RSS: articles / comments



Kenapa askIT i-TimeTable

Selasa, 23 April 2024

Kenapa i-TimeTable?

Melalui i-TimeTable pelbagai urusan dan masalah berkaitan dengan penjadualan dan penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan berkesan. Malah, i-TimeTable juga menjimatkan masa pihak pengurusan sekolah, guru dan pelajar. i-TimeTable membolehkan guru-guru menguruskan jadual waktu akademik, merancang jadual tugas bukan akademik, melihat dan mencetak jadual peribadi, mengemas kini maklumat peribadi,  membuat informasi dan pengumuman berkaitan dengan tugas profesionalisme keguruan.


Penggunaan i-Time Table mampu membantu sekolah-sekolah dan IPT yang berhadapan dengan masalah sistem penyediaan jadual waktu. Ini bermakna, sistem ini memberi manfaat yang besar kepada sekolah dan IPT yang memerlukannya.

 

Penggunaan i-Time Table terbukti telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dalam penyediaan dan pengurusan jadual waktu. Penjimatan dari segi masa untuk menyiap dan mengurusnya, keberkesanan dalam mengelak pertembungan jadual waktu guru dan kelas yang terlibat, mudah untuk diselia dan dibuat sebarang pindaan, selamat serta menjadi penanda aras dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadikan i-TimeTable bukan sahaja mesra pelanggan tetapi sekaligus membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Oleh itu, i-TimeTable adalah suatu inovasi yang harus dilihat dengan pandangan yang positif oleh pihak pengurusan sekolah, institut dan pihak yang terlibat dalam penyediaan dan pengurusan jadual waktu.